Tuesday, June 29, 2010

JaUh TeRpiSaH..

Setelah keputusan peperiksaan diumumkan,,aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti dalam jurusan yang dipilih Mr M..Aku cukup2 tidak meminati bidang itu namun Mr M tetap bertegas supaya aku mengambil bidang itu walaupun dia tahu bidang itu bukan minat aku..Aku terpaksa menuruti kehendaknya kerana aku tidak mahu terus-terusan bergaduh dengannya..Aku selalu mengutamakan Mr M dalam segala hal walau aku tahu Mr M tak pernah menghargainya..Aku terlalu takut kehilangan Mr M..Seluruh hatiku aku serahkan kepada Mr M..Dan bermulalah kehidupan baru aku di kampus..Sungguh,,kehidupan di universiti cukup berbeza dengan kehidupan di sekolah..Setiap minggu aku akan pulang dan setiap kali itu juga aku dimarahi oleh Mr M,,katanya aku hanya akan menyusahkan orang tuaku jika setiap minggu aku pulang ke kampung..Dan lama kelamaan aku semakin terbiasa hidup di kampus..Aku menyertai program anak angkat dan aku tahu Mr M akan marah sekiranya dia mengetahui aku menyertai program itu namun entah kenapa aku turut menyertainya..Mungkin kerana aku menyangka Mr M akan memahaminya..Namun sangkaanku salah sama sekali,,aku bergaduh dengan Mr M setelah aku memberi tahunya tentang program tersebut..Aku sedih,,kenapa orang yang aku sayang tak memberi aku kehidupanku sendiri,,aku terus hidup dalam bayangan Mr M..Namun aku tetap terus tersenyum kerana aku tidak mahu masalah ini diketahui rakan-rakan yang lain..Malah masalah pemilihan bidang ini juga aku salahkan diriku di depan rakan-rakanku jika ada yang bertanya kenapa aku memilih bidang yang aku tidak minati..Aku tak sanggup memburuk-burukkan Mr M kerana aku terlalu menyayanginya..Semasa aku di kampung,,ada antara rakan-rakanku menentang hubunganku dengan Mr M,,kerana kata mereka,,aku tak sepadan dengan Mr M,,malah ada yang menganggap aku bodoh kerana terus berhubungan dengan Mr M sedangkan hidupku teruk dikongkong namun bagi aku,,itu semua bukan penghalang rasa cinta aku terhadap Mr M dsan sedikit pun tidak mengikis rasa cintaku..Aku tetap berharap,,suatu hari nanti Mr M akan berubah walau aku merasa itu cukup mustahil..

No comments:

Post a Comment