Tuesday, June 29, 2010

JaUh TeRpiSaH..

Setelah keputusan peperiksaan diumumkan,,aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti dalam jurusan yang dipilih Mr M..Aku cukup2 tidak meminati bidang itu namun Mr M tetap bertegas supaya aku mengambil bidang itu walaupun dia tahu bidang itu bukan minat aku..Aku terpaksa menuruti kehendaknya kerana aku tidak mahu terus-terusan bergaduh dengannya..Aku selalu mengutamakan Mr M dalam segala hal walau aku tahu Mr M tak pernah menghargainya..Aku terlalu takut kehilangan Mr M..Seluruh hatiku aku serahkan kepada Mr M..Dan bermulalah kehidupan baru aku di kampus..Sungguh,,kehidupan di universiti cukup berbeza dengan kehidupan di sekolah..Setiap minggu aku akan pulang dan setiap kali itu juga aku dimarahi oleh Mr M,,katanya aku hanya akan menyusahkan orang tuaku jika setiap minggu aku pulang ke kampung..Dan lama kelamaan aku semakin terbiasa hidup di kampus..Aku menyertai program anak angkat dan aku tahu Mr M akan marah sekiranya dia mengetahui aku menyertai program itu namun entah kenapa aku turut menyertainya..Mungkin kerana aku menyangka Mr M akan memahaminya..Namun sangkaanku salah sama sekali,,aku bergaduh dengan Mr M setelah aku memberi tahunya tentang program tersebut..Aku sedih,,kenapa orang yang aku sayang tak memberi aku kehidupanku sendiri,,aku terus hidup dalam bayangan Mr M..Namun aku tetap terus tersenyum kerana aku tidak mahu masalah ini diketahui rakan-rakan yang lain..Malah masalah pemilihan bidang ini juga aku salahkan diriku di depan rakan-rakanku jika ada yang bertanya kenapa aku memilih bidang yang aku tidak minati..Aku tak sanggup memburuk-burukkan Mr M kerana aku terlalu menyayanginya..Semasa aku di kampung,,ada antara rakan-rakanku menentang hubunganku dengan Mr M,,kerana kata mereka,,aku tak sepadan dengan Mr M,,malah ada yang menganggap aku bodoh kerana terus berhubungan dengan Mr M sedangkan hidupku teruk dikongkong namun bagi aku,,itu semua bukan penghalang rasa cinta aku terhadap Mr M dsan sedikit pun tidak mengikis rasa cintaku..Aku tetap berharap,,suatu hari nanti Mr M akan berubah walau aku merasa itu cukup mustahil..

Monday, June 28, 2010

TeRuS TaBaH,,

Sebelum itu,,ingin aku tegaskan,,tujuan aku mencoret di blog ini,,bukanlah niatku untuk menangih simpati dari sesiapa,,terutama Mr M,,aku hanya ingin meluahkan dan berkongsi kisah bersama sesiapa yang membaca blog ini..
Berbalik kepada ceritera lukaku,,Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku antara aku dan Mr M,,namun tak tertulis di blog ini,,ya,,aku akui,,aku juga ada silapnya,,namun adilkah aku diperlakukan seperti manusia yang tak punya perasaan??Aku kadang-kadang tak mengerti kenapa rasa cinta dan sayangku pada Mr M masih kukuh walaupun aku sering disakiti,,dilukai tanpa diubati..Dan,,setelah sekian lama aku bertahan,,aku memanjatkan doa kepada tuhan,,supaya dibuang rasa cinta dan sayangku terhadap Mr M sekiranya Mr M bukanlah jodohku.. Bukan kerana aku sudah benci terhadap Mr M,,tetapi kerana aku tak mampu lagi hidup dalam kesakitan..Sungguh,,aku masih cinta dan sayang pada Mr M..

SeMaKin TeRtEkAn,,

Semenjak kejadian itu,,aku semakin takut untuk mempercayai Mr M..Aku cemburu,,ya,,aku akui,,memang aku seorang yang begitu kuat cemburu,,tetapi kali ini,,aku yakin,,cemburu aku bukan cemburu buta.. Aku taku sekali kehilangan Mr M,,dan aku lebih takut kalau kehilangan Mr M adalah kerana dirampas orang lain..Seperti yang aku katakan,,dalam hubungan cinta,,aku cukup pantang ada orang ketiga..Setelah hampir kepada hari keputusan peperiksaan akan keluar,,aku berhenti kerja dan pulang ke kampung bersama Mr M..Dan,,bila berada di kampung,,setiap malam,,tidurku semakin tidak lena,,kerana aku cukup pasti Mr M akan berSMS dengan FA,,namun,,bila aku bertanyakan pada Mr M,,sekali pun dia tidak mengakuinya..Tapi,,sepandai-pandai tupai melompat,,akhirnya jatuh ke tanah juga,,bila kami berSMS di tengah malam,,banyak kali Mr M tersilap menghantar SMS kepadaku..SMS yang sepatutnya sampai kepada FA sampai ke tanganku..Mungkin tuhan mahu menunjukkan padaku..Dan aku cukup pasti ketika itu,,Mr M sudah tidak lagi menyayangiku..Setiap malam yang sepatutnya dihiasi mimpi-mimpi indah bertukar menjadi malam yang dihuni igauan-igauan ngeri..Aku seolah-olah hilang pertimbangan,,setiap malam hanya air mata yang menemani aku sehingga aku terlena ditemani hati yang lara..Dan,,hariku juga dimulakan dengan sisa-sisa tangisan semalam..Setiap pagi,,mataku bengkak,,sembab,,namun itu hanya apa yang dapat dilihat dari luaran,,hati??tak siapa dapat melihatnya,,betapa hancur,,luluhnya hatiku mengenangkan kekasih hati yang semakin menjauh..Segala egoku aku ketepikan demi Mr M,,namun,,dia tetap tidak memahami..