Thursday, May 27, 2010

KeRnA SaTu PeRiStiWa,,

Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari rasa cinta yang tumbuh dan subur di hati..Aku ingin berkongsi tentang kisah cinta aku dan dia,,yang aku gelarkan di sini sebagai Mr M..Aku dengan Mr M sebenarnya adalah saudara,,tetapi agak jauh,, *bau2 bacang je* Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain,,keluarga kami juga,,tetapi aku tidaklah rapat dengan dia,,kerana zaman persekolahan kami berbeza,,aku bersekolah di sekolah yang agak jauh dari kampungku,, *tak usahlah aku sebutkan di sini* malah Mr M pula bersekolah di kampung halaman,,dan nak dijadikan cerita,,semasa aku di tingkatan (?),aku telah berpindah sekolah dan satu sekolah dengan Mr M,,dari sinilah bermulanya perkenalan lebih rapat aku dengan dia.. Pada awalnya,,aku dengan Mr M hanya berkawan biasa,,namun hubungan persahabatan kami semakin lama semakin rapat dan semakin mendalam,,aku juga tak mampu untuk menolak perasaan yang semakin hari semakin menyesakkan dada aku..Namun aku tak mampu mengungkapkan rasa itu..Dan aku juga cukup pasti tentang perasaan Mr M,,aku pasti Mr M juga merasakan perasaan yang sama cara dia dengan aku cukup lain,,tidak seperti kawan,,tetapi lebih.. Tapi semakin lama,,semakin aku lemas dalam perasaan ni,,cemburu,,sakit hati,,terasa seperti aku digantung tak bertali,, *walaupun belum kawin* aku menunggu dan terus menunggu,,namun aku hampa,,ucapan dan kata2 cinta yang aku harapkan dari dia langsung tidak menyinggah di cuping telingaku,,semakin lama semakin sakit,,selagi status kami sebagai kawan,,aku tak mungkin dapat meluahkan rasa cemburu yang aku sering pendamkan,,sedangkan dia seperti tidak memahami gelodak perasaanku..Aku sememangnya selalu berpegang pada prinsip hidupku yang tak ingin digelar 'perigi mencari timba',,namun aku tak tahu kenapa,,bila bersama Mr M hilang semua prinsip aku,,dan pada 1 Oktober 2008,,iaitu pada 1 syawal,,aku melangkah selangkah ke depan dari prinsip hidup aku,,aku telah meluahkan segalanya pada Mr M,,dan ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan..Tidak salahlah segala yang aku rasakan sebelum ini,,dia juga ternyata merasakan perasaan yang sama dengan aku,,CINTA,,ya,,cinta yang mekar tanpa kami sedari,,berputik sewaktu kami bergelar sahabat,,berputik sewaktu kami belajar bersama,,keluar bersama,,berkumpul bersama dengan kawan2 yang lain,,senda gurauan antara kami ternyata telah mencambahkan perasan sayang dan cinta dalam hati kami.. Hari itu adalah hari yang aku tunggu2,,hari di mana aku dengan rasminya menjadi kekasih Mr M,,aku telah mengorbankan prinsip hidup aku,,namun hal ini aku rahsiakan dari pengetahuan rakan2 kerana aku takut digelar 'perigi mencari timba',,hanya aku dan Mr M sahaja yang mengetahuinya..Aku tak kisah,,hubungan kami berjalan seperti biasa,,namun setelah bergelar sepasang kekasih,,aku merasakan banyak perubahan pada diri Mr M..Dia sudah semakin jauh dari aku,,biarpun setiap hari bertemu di sekolah..Aku merasa perasaanku tidak penting bagi Mr M..Rakan2nya adalah segala2nya bagi dia,,selalu sahaja mengutamakan rakan2nya dalam segala hal,,aku faham,,memang kebanyakkan lelaki lebih menghutamakan rakan2 tetapi sekurang2nya hargailah aku walau sedikit..Walau macam mana pun aku tetap bersabar dek kerana aku terlalu menyayangi Mr M.. Semakin lama semakin aku tidak keruan,,hubungan kami seperti ombak,,,pasang,,surut,,tetapi itu sudah menjadi lumrah dalam setiap hubungan percintaan namun bagi aku,,dia keterlaluan..Tak pernah langsung memikirkan tentang hati dan perasaan aku..Mahu ditengking,,dia tengking,,mahu diherdik,,dia herdik,,tidak mengira walaupun di depan kawan2nya..aku sakit,,kecewa,,namun aku pendamkan..Pernah sekali dia membaling telefon bimbit ke mukaku di hadapan kawan2,,namun aku tetap menyayanginya sepenuh hati..Hidupku bagai dipenjara,,aku langsung tidak boleh bersahabat dengan lelaki walaupun kawan sekolah lamaku..Aku menukar nombor telefonku semata2 untuk memutuskan hubungan dengan kawan2 lelakiku..aku hanya boleh bersahabat dengan lelaki yang Mr M kenal sahaja namun langsung tidak boleh berhubung melalui telefon,,jika ada,,satu persatu harus aku laporkan kepadanya yang aku sendiri tahu akhirnya kami akan bergaduh dan aku yang akan dipersalahkan..Sedangkan dia,,bebas melakukan apa sahaja,,walaupun aku melarang,,dia tetap melakukannya..Semakin lama dia semakin berani,,jika kami bergaduh,,dia sering mengungkapkan kata2 yang pedih,,aku sedih,,sakit,,kecewa,,namun aku masih menyayanginya..Dia juga sering meminta kami memutuskan hubungan jika bergaduh,,meminta agar aku tidak lagi mencampuri urusannya,,namun aku bersabar..Aku masih cinta dan sayang padanya setulus hatiku.. Tetapi entah kenapa aku masih setia dan terlalu sabar dengan kerenahnya,,aku juga masih mempercayainya..Bukan aku tidak sakit hati bila dia lebih senang membela perempuan lain dibandingkan dengan aku,,kekasihnya sendiri,,lebih rela memujuk perempuan lain sedangkan aku kekasihnya tak pernah dipujuk walau aku sedang merajuk,,sakit hati,,namun aku tetap bertahan..Rasa sayang dan cinta yang aku berikan padanya mengatasi segala2nya..Hubungan kami memang jelas kelihatan seperti sepasang kekasih,,namun jika setiap kali ada yang bertanyakan tentang hal itu,,dia tak pernah mengaku yang aku ni kekasihnya sebaliknya mengatakan aku adalah sepupu @ kawannya sahaja,,kenapalah dia begitu malu mahu mengaku yang aku ni sebenarnya kekasihnya..Aku sering berdoa kepada tuhan agar membuka pintu hatinya untuk melihat cintaku dan berdoa agar aku diberikan kesabaran yang tinggi.. Hubungan kami berkekalan sehingga kami tamat persekolahan,,aku masih menyayanginya seperti dulu malah lebih,,namun dia masih seperti dulu,,aku hanya mampu memendam rasa,,sehinggalah kakakku mengajak aku tinggal bersama keluarganya untuk bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan,,aku dan Mr M sepakat untuk bekerja di tempat yang sama di luar daripada negeri kami dan tinggal bersama keluarga kakakku..Namun sedikit malang bagi Mr M kerana hanya aku yang mendapatkan pekerjaan dan akmu mula bekerja di sebuah (??).. Mr M akan menghantar dan menjemput aku pergi dan balik dari kerja,,tetapi setiap kali aku bekerja sama shif dengan pekerja lelaki,,pasti selepas pulang dari kerja,aku akan bergaduh dengannya,,aku langsung tidak boleh bercakap dengan pekerja lelaki walaupun aku bekerja sama shif dengannya,,memandangkan aku pekerja baru,,aku harus banyak belajar dan semestinya pekerja tak kira lelaki atau perempuan akan membantu memberi tunjuk ajar padaku,,namun itu pun menjadi kesalahan bagi Mr M..Dia terlalu cemburu,,dan cemburunya boleh dikatakan 'cemburu buta'.. Dan aku masih lagi bersabar,,namun,,mungkin tuhan mahu lebih menguji kesabaranku,,dan kerana satu peristiwa inilah,,kepercayaanku pada Mr M terhakis sedikit demi sedikit,,
suatu hari,,ketika aku off dari bekerja,,Mr M menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali,,barangkali si penghantar SMS itu tersilap nombor,,dan Mr M menyuruh aku menelefon si pengirim SMS itu dengan mengatakan aku ini sepupu tuan punya telefon yang menerima SMS darinya..Aku hanya menurut,,aku bercakap dan ternyata si pengirim SMS itu perempuan dan cukuplah aku gelarkan di sini sebagai FA,,dia mengatakan dia yakin dia tidak salah kerana itu adalah nombor kawan lamanya,,namun akhirnya dia mengalah dan mengatakan dia mungkin tersilap nombor..Selepas aku mematikan talian,,Mr M masih berbalas SMS dengan FA,,aku hanya memerhatikan dengan rasa sakit hati..Aku sangkakan mereka sudah berhenti berSMS,,namun malamnya selepas sahaja pukul 12(jimat) mereka menyambung aktiviti yang menyakitkan hati aku itu,,terus berSMS sampai ke pagi,,bukan setakat hari itu sahaja,,hari2 yang berikutnya juga begitu,,aku makin tertekan,,Mr M sepatutnya bersikap adil dengan aku,,jika aku tidak boleh melakukan itu,,tidak boleh melakukan ini,,dia juga harus fikir apa yang dia boleh dan tidak boleh buat..Aku bagaikan tiada kehidupan sendiri,,segalanya dikawal oleh Mr M,,namun dia,,bebas berbuat apa sahaja..Setiap malam aku tidak lena tidur kerana memikirkan kekasihku sedang beSMS mesra dengan perempuan lain,,aku pernah terluka,,dan aku tak mahu lagi terluka,,dalam perhubungan aku paling pantang ada orang ketiga..Aku bukan menuduh tanpa sebarang bukti,,pernah aku bangun awal pagi dan mengambil telefon Mr M sewaktu dia masih tidur,dan betapa pedihnya hatiku bila membaca semua SMS mereka,,begitu mesra sedangkan dengan aku kekasihnya sendiri tidak pernah berSMS semesra itu..Aku meletakkan kembali telefon Mr M ke tempat asalnya dan bila Mr M bangun dari tidur,,ketika menonton TV,,aku bertanya kepadanya adakah semalam dia berSMS dengan FA dan dia berkata ada tetapi 2 3 keping SMS sahaja sedangkan aku telah melihat berpuluh2 keping SMS dalam telefonnya,,dan Mr M memberikan aku telefonnya jika aku tak percaya untuk diperiksa dan bila aku lihat,,hanya ada 2 3 keping sahaja SMS,,pandai dia mengatur corak permainannya,,dia telah memadam SMS2 yang lain..Aku diamkan sahaja walau sakitnya hati ini hanya tuihan yang tahu..

PeRmuLaAn..

Tak perlulah aku memperkenalkan diriku,,cukuplah sekadar mengenali diri ini sebagai Mrs Q..Aku membina blog ini untuk berkongsi suka duka hidup dan pengalaman hidup aku..Mungkin blog ni agak membosankan,,namun itulah ceritera luka hidupku..
*senyum*