Tuesday, October 26, 2010

KeMbaLi BeRtAuT??

Aku tak tahu kenapa aku harus kembali kepada Mr. M,,setelah aku dikecewakan,,aku masih mampu menerima dia buat kali yang ntah ke berapa kali..Ya,,sudah terlalu banyak dia memutuskan hubungan kami dan seterusnya menyambungnya kembali..Mungkin aku bodoh,,mungkin juga kerana cinta..Selepas kejadian aku memutuskan hubungan dengan Mr.M,,dia kembali memujuk aku dan ingin kembali kepadaku,,dan seperti biasa,,aku terlalu menyayanginya dan menerima dengan harapn dia akan berubah dan memahamiku,namun aku hampa lagi,,setelah kami bersama semula,,tak lama selepas itu,,dia mula dengan perangai lamanya..Aku kembali tertekan dengan perangainya..Hubungan kami kali ini tidak lama dan kami putus!!Itulah keputusan yang sepatutnya diambil dalam kiraan aku..Aku sudah nekad,,aku hanya mahu dia berubah,,tapi dia tak pernah mahu berubah dari perangainya yang sememangnya ego itu..

Friday, October 1, 2010

MuLa BeRfiKiR,.,.

Setelah sekian lama aku menanggung derita perasaan,,aku mula terfikir,,berbaloikah aku bertahan dengan Mr M sedangkan aku langsung tidak merasa dihargai??Berbaloikah aku terus mengharap pada Mr M sedangkan aku belum melihat perubahan padanya??Berbaloikah aku terus memperhambakan diri kepada air mata sedangkan Mr M tak pernah tahu sebanyak mana air mata yang telah aku korbankan kerananya??Tapi aku tak tahu kenapa jauh di sudut hati aku masih mengharap dia akan berubah..Segalanya telah aku korbankan untuk Mr M,,dan aku hanya ingin dia menyayangi dan mencintaiku seperti mana aku menyayangi dan mencintainya,hanya itu yang aku mahu..Aku tak pernah meminta emas dan permata,wang ringit jauh sekali..Namum dia tak mengerti..Setiap kali kami berjauhan,,hanya memori indah yang terpahat kukuh di hati akan aku imbau kembali..
Tetapi,,lama-kelamaan,,aku mula berfikir,,sampai bila harus aku bertahan??Sampai bila harus aku berpura-pura seolah-olah aku bahagia bersamanya??Ya,,aku memang bahagian,tapi hanya seketika,,ketika aku berada di hadapan matanya,,ketika aku sentiasa dalam pengawasannya,,tapi,,bila aku jauh,,bila aku berada di kampus??Dia mula mengongkong,,dia mula menuduh aku yang bukan-bukan..Siapa yang bisa bertahan lebih lama dalam perhubungan yang seperti penjara??Aku mula terasa diri diperbodohkan..Ya,,aku tahu dia menyayangi aku,,tetapi dia perlu menyokong aku,,bukan mengongkong aku!!
Setiap malam aku berendam air mata,,setiap malam aku seolah-olah hilang akal,,langsung dia tak fahami..Aku terlalu menyayangi Mr.M,,terlalu mencintai dia,,kerana itu aku jadi buta,,aku jadi tuli,,aku jadi lurus bendul..
Sampai di satu tahap,,kesabaran aku mula menipis,,selepas peperiksaan akhir semester,,aku mengikuti satu bengkel selama 10 hari dan di sinilah kali pertama aku mengungkapkan kata-kata yang tak pernah aku mahu terjadi..Aku memutuskan hubunganku dengan Mr.M..Ya,,aku sendiri terkejut bila kata-kata itu menyusul laju dari mulutku,,namun mungkin itu yang terbaik untukku..Aku hilang pertimbangan,,aku tak mampu lagi bersabar,,kekasih apa jika kekasihnya sedang mengejar masa depan,menjawab peperiksaan akhir,,langsung tidak dipedulikan??Aku sedih!Setiap hari kami bergaduh,,aku dilemparkan dengan kata-kata kesat,,aku kecewa!!Aku cemburu dengan teman-teman lain yang punya kekasih dan setiap hari memberi semangat,,memberi kata-kata indah sebagai perangsang semangat,,tapi aku??Tiada siapa yang memberikan aku semua itu..Dan disebabkan itu,,aku mula berfikir,,untuk apa aku meneruskan hubungan yang tiada kebahagiaan ini??untuk apa lagi aku berpura-pura??Aku sudah cukup tersiksa,,sudah cukup merana,,cukuplah!!Biar aku hentikan di sini sahaja..
Namun,,bila aku memutuskan hubungan itu,,aku terasa kehilangan,,ya,,kehilangan cinta..Tapi,,kehadiran rakan-rakan memberi aku semangat untuk aku teruskan perjuangan hidup..